awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023

Nailah Huda
Nailah Huda
09/08/2022
13:59 MYT
BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
BLACKPINK dilaporkan bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun depan. - Gambar/ blackpinkofficial.com
KUALA LUMPUR: BLACKPINK in your area!
Kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan lagu pop rancak dan koreografi mantap mereka dalam satu konsert mega di Malaysia.
Menurut laman Twitter rasmi @ygofficialblink, konsert jelajah 'Born Pink World Tour' itu akan bermula di Seoul pada 15-16 Oktober tahun ini dan berterusan ke beberapa negara lain sehingga pertengahan 2023.
Bagi peminat di Malaysia pula, BLACKPINK dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 4 Mac 2023.
Selain di Kuala Lumpur, Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie turut akan menggegarkan beberapa negara jiran lain termasuk di Bangkok, Singapura, Manila dan Jakarta.
BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] SCHEDULE ANNOUNCEMENT Official world tour website https://t.co/xHlSYVczWD#BLACKPINK # #WORLDTOUR #BORNPINK #SCHEDULE #ANNOUNCEMENT #YG pic.twitter.com/yPJOGOjkVE
— BLACKPINK GLOBAL BLINK (@ygofficialblink) August 8, 2022
BLACKPINK yang sinonim dengan lagu rancak "Kill This Love", "How You Like That" dan "DDU-DU DDU-DU" juga dilaporkan akan melancarkan album baharu mereka pada Ogos serta mengumumkan siri konsert jelajah dunia dalam masa terdekat.
Album itu bakal menjadi terbitan pertama BLACKPINK selepas hampir dua tahun sejak The Album dilancarkan pada Oktober 2020.
BLACKPINK pernah beraksi di Malaysia dalam sebuah konsert kali pertama pada 23 dan 24 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Ia sebahagian daripada konsert jelajah dunia In Your Area yang menutup tirai pada awal 2020 sebelum dunia dilandap pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#Bukit Jalil
#K-pop
#konsert blackpink di malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan