awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/12/2020
22:57 MYT
Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung
Bob memaklumkan di samping bantuan tabung kebajikan artis dan sumbangan penderma, beliau turut mengusahakan laksa Kelantan dan Kedah melalui tempahan dalam talian bersama isterinya. - Astro AWANI
KOTA BHARU:Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman, 56, semakin sihat dan kini menjalankan perniagaan dalam talian.
Bob yang selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) awal bulan ini menetap di kampung kelahirannya di Kubang Kerian, Kelantan.
Ketika ditemui baru baru ini, Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.
“Jadi jantung saya sudah ada bateri, degupan lebih bagus dan pergerakan oksigen dalam badan banyak maka saya boleh berfikir rasional, sihat dan syukur lebih lebih positif untuk melihat apa langkah saya ke hadapan.
“Saya dapat bantuan daripada Yayasan Kebajikan Artis Malaysia, selebihnya bekerja buat jualan di Kelantan, ambil pesanan laksa Kedah,” katanya.
Kos pembedahan dibiayai hasil sumbangan manakala kos rawatan susulan, ubat dan pemeriksaan diberikan secara percuma oleh Hospital Sultanah Bahiyah.
Bob memaklumkan di samping bantuan tabung kebajikan artis dan sumbangan penderma, beliau turut mengusahakan laksa Kelantan dan Kedah melalui tempahan dalam talian bersama isterinya.
Walaupun pendapatan tidak seberapa, ia memadai untuk menampung perbelanjaan hariannya kerana tiga anaknya yang masih belajar di sekolah tahfiz dibiayai oleh penderma.
Bob dikenali menerusi lakonannya dalam beberapa buah filem antaranya Jin Notti, Santau, Zoo dan drama selain terlibat sebagai penulis lirik dan pengubah lagu.
Topic Berkaitan
#Bob Lokman
#Mohd Hakim Lokman
#Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator
#CTRD
#degupan jantung
#Yayasan Kebajikan Artis Malaysia
#laksa dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan