awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2 temui peminat pada Disember

Bernama
Bernama
21/08/2023
15:43 MYT
BoBoiBoy Galaxy Musim 2 temui peminat pada Disember
Faiz berkata MOSTA berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam industri animasi dengan keberadaan di 70 negara di seluruh dunia. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: MONSTA, sebuah syarikat harta intelek yang juga francais bagi watak BoBoiBoy baru sahaja melancarkan iklan acah poster BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan bersedia untuk menaiki rollercoaster dalam perkadaran epik pada Disember ini.
Pengarah Pemasaran MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata Musim 2 siri animasi ini bersedia untuk memukau hati peminat di seluruh dunia apabila semua penonton sekali lagi dapat bersama-sama menyertai pengembaraan BoBoiBoy.
"BoBoiBoy Galaxy Musim 2 akan memberi tumpuan kepada pengembaraan susulan peristiwa filem kedua. Setiap set episod akan memperkenalkan arka baharu (plot), menyelami wilayah cabaran baharu yang belum dipetakan dan detik mengharukan dengan wajah baharu, sambil membawa kembali watak sedia ada.
"Usaha menggabungkan semua aspek ini diyakni merupakan penyumbang utama kejayaan berterusan francais. Dedikasi mereka terhadap kualiti dan kecemerlangan penceritaan memastikan Musim 2 akan menjadi pengalaman yang cemerlang, memukau penonton dari semua peringkat umur dan latar belakang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata MOSTA (dahulunya dikenali sebagai Animonsta Studios) berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam industri animasi dengan keberadaan di 70 negara di seluruh dunia.
"Walaupun tidak berada di layar perak sejak tayangan filem blockbuster kedua pada 2019 dan musim pertama pada 2016, francais Boboiboy terus mengumpul beribu-ribu pengikut di platform media sosial, meraih pelanggan YouTube dan diundi sebagai filem animasi tempatan kedua paling popular menerusi tinjauan pendapat terkini Anugerah TikTok 2023.
Beliau berkata kualiti dan penceritaan BoBoiBoy Galaxy Musim 2 diyakini akan memukau penonton dari semua peringkat umur dan latar belakang belakang.
"Jadi, jangan lupa pada Disember 2023 nanti, Monsta kembali setelah berehat selama lima tahun untuk tanyangan memukau BoBoiBoy," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BoBoiBoy Galaxy Musim 2
#memukau penonton
#semua peringkat umur
#kecemerlangan penceritaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan