awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS ARMY kecewa, laman web GSC 'down' sekali lagi

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
24/10/2018
08:25 MYT
BTS ARMY kecewa, laman web GSC 'down' sekali lagi
Dokumentari Burn The Stage: The Movie merupakan filem sulung BTS dan ia bakal menemui penonton bermula 15 November depan. - Foto Instagram bts.bighitofficial
LAMAN web Golden Screen Cinemas (GSC) ‘down’ sekali lagi!
Ia berpunca daripada peminat tegar kumpulan K-pop, BTS yang 'berpusu-pusu' membeli tiket dalam talian untuk menonton dokumentari sulung kumpulan popular dari Korea Selatan itu.
Sebelum ini, insiden sama pada Isnin telah memaksa pihak GSC menambah dewan tayangan bagi filem "Burn The Stage: The Movie" yang dijadual ditayangkan pada 15 November ini.
BACA: Peminat BTS punca laman web, aplikasi GSC tidak berfungsi!
Menerusi muat naik di laman Twitter, admin GSC mengumumkan penambahan dewan tayangan di 16 lokasi terpilih manakala tiket akan mula dijual semula pada Selasa malam.
“ARMYs!! (nama fandom BTS) Kami telah menambah dewan tayangan di lokasi terpilih dan tiket akan mula dijual pada jam 8:45 malam hingga jam 9:15 malam, hari ini!” kata adminnya.
pic.twitter.com/wmI6rSdhsk
— GSC Cinemas (@GSCinemas) October 23, 2018
Namun, seperti yang dijangka laman sesawang panggung itu sekali lagi ‘down’ dan pembelian hanya boleh dibuat melalui aplikasi panggung berkenaan.
So sorry guys Please use GSC Mobile App for now.
— GSC Cinemas (@GSCinemas) October 23, 2018
Ramai peminat tegar kumpulan itu meluahkan rasa kecewa di Twitter kerana masih tidak dapat membeli tiket filem berkenaan walaupun penambahan dewan tayangan telah dibuat.
Duduk kat sebelah tangga pon aq sangop gsc janji boleh masuk !!
— kangparkha (@eunwooon) October 23, 2018
I HV BEEN USING IT FOR 15 MINUTES WITH 3 DEVICES AND NON OF THEM WORKED
— hzznhmzh (@lulubyswirl) October 23, 2018
tak lawak do gsc ni:( dahlah cakap 8:45 tapi kat apps pun still takde k:')
— $ A L L Y L I M (@Sally_Dinie) October 23, 2018
Mobile app not updated. Website cant be entered. So not fair. The next time i check will be fully booked again. Why cant BTS movie be showed like others normally? ARMYs is getting bigger everyday. Dont release a hall at a time. Just open the whole cinema for the movie.
— MEEL (@shameelsalleh7) October 23, 2018
Very disappointed with Gsc Mobile app tu. 10 minute kemudian baru update hall baru. Bila dah update eh seat tinggal bawah2 je .
— Lia Alia (@imliaalia) October 23, 2018
Sementara itu, pihak GSC juga memberi nasihat kepada pelanggannya agar tidak membeli tiket dari ‘scalpers’ atau ‘ulat tiket’ yang menjual tiket dengan harga yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
PSA: No matter how desperate you are, DO NOT purchase any scalper tickets (especially those with 'markup' price). We will try our very best to accommodate your request. Scalper tickets can trigger A LOT of issues/problems. Consequences can be severe. #SayNoToScalpers
— GSC Cinemas (@GSCinemas) October 23, 2018
GSC merupakan satu-satunya panggung wayang di Malaysia yang mempunyai hak untuk menayangkan dokumentari tersebut.
Dokumentari tersebut bakal menemui penonton bermula 15 November depan.
Topic Berkaitan
#ARMY
#BTS
#Burn The Stage The Movie
#K-pop
#Korea Selatan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan