awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS dan Coldplay berkolaborasi?

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2021
07:19 MYT
BTS dan Coldplay berkolaborasi?
Peminat mereka yakin penyanyi utama Coldplay, Chris Martin dan anggota BTS, Jungkook bakal tampil menyumbang suara menerusi lagu itu.
SEJAK Khamis, ramai sudah mula bercakap mengenai spekulasi kononnya kumpulan K-pop terkenal, BTS bakal membuat kejutan dengan berkolaborasi bersama kumpulan muzik popular British, Coldplay.
Dakwaan itu muncul susulan lirik sebuah lagu baharu nyanyian Coldplay bertajuk My Universe dikatakan telah 'bocor' di laman web MatchLyric.
Lirik lagu berkenaan didakwa menampilkan BTS bersama lirik bahasa Korea.
Ia pantas tersebar di kebanyakan platform dalam talian dan membuatkan ramai peminat kedua-dua kumpulan itu teruja.
Antara lain, peminat mereka yakin penyanyi utama Coldplay, Chris Martin dan anggota BTS, Jungkook bakal bergabung suara menerusi lagu itu.
Dalam pada itu, Warner Music Korea dan Big Hit Music hanya memberi reaksi ringkas.
"Agak sukar untuk mengesahkan isi kandungan itu," menurut satu kenyataan.
BTS dan Coldplay sebelum ini tidak pernah berkolaborasi walaupun kedua-dua kumpulan itu dilaporkan sering berhubung di media sosial.
Pada awal tahun ini, BTS membuat penampilan di program MTV Unplugged dengan mendendangkan lagu Fix You, nyanyian Coldplay dan mendapat pujian daripada kumpulan muzik British itu.
Topic Berkaitan
#BTS
#Coldplay
#Kpop
#Korea Selatan
#kolaborasi
#My Universe
#Fix You
#Big Hit Entertainment
#butter
#Permission to Dance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan