awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards

Gempak
Gempak
17/05/2022
03:00 MYT
BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards. -Gempak
SEPERTI dijangkakan, kumpulan pop tersohor Korea Selatan, BTS membawa pulang pengiktirafan dalam anugerah berprestij Billboard Music Awards 2022 (BMA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Lebih membanggakan, BTS yang tercalon enam anugerah, membawa pulang tiga piala dengan turut sama memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka kumpulan terbanyak memenangi anugerah dalam sejarah BMA.
Sejak tercalon pada tahun 2017, BTS tidak pernah pulang dengan tangan kosong, termasuk pada tahun ini merupakan kemenangan ketiga berturut dalam kategori Top Duo/Group yang pertama kali dimenangi pada 2019.
Ini juga merupakan rekod baharu apabila BTS menyamai kemenangan kumpulan One Direction yang pernah menang sebanyak tiga kali dalam kategori Top Duo/Group iaitu pada tahun 2013, 2015 dan 2016.
Sebaik keputusan tiga kemenangan yang disapu pada tahun ini termasuk dua lagi anugerah tertinggi iaitu Top Song Sales Artist dan Top Selling Song, diumumkan BTS secara rasmi menyingkirkan rekod yang dipegang kumpulan wanita Destiny’s Child selama 17 tahun.
Destiny’s Child selama ini memegang rekod BMA paling banyak dengan 11 kemenangan. Namun, BTS mencetak sejarah baharu apabila kini memiliki 12 kemenangan sepanjang enam tahun bertanding.
Meski memenangi dan membuat sejarah baharu dalam anugerah tersebut, kumpulan yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook tidak hadir ke BMA 2022.
BTS dijangka membuat comeback pada 10 Jun depan dengan karya terbaharu dalam album antologi "Proof".
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#BTS
#Billboard Music Awards
#pecah rekod 17 tahun
#Destinys Child
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan