SELURUH peminat legenda Bruce Lee tahu, bintang Kung Fu itu meninggal dunia akibat bengkak otak.
Keputusan kematian itu diperoleh menerusi autopsi yang dibuat, dengan doktor pada waktu itu menyalahkan kesan ubat penahan sakit yang diambil mendiang.
Pesohor seni mempertahankan diri itu meninggal dunia pada usia yang terbilang muda iaitu 32 tahun, pada 1973 di Hong Kong.
Meski pakar telah mengesahkan kematiannya kerana bengkak otak, banyak spekulasi liar mengatakan Lee diracun oleh kekasihnya yang cemburu serta dibunuh oleh gangster dari China.
Namun kini selepas hampir 50 tahun pemergiannya, sekumpulan pakar dari Clinical Kidney Journal mendedahkan punca kematian Lee.
Melalui kajian dan pelbagai bukti yang dinilai semula, mereka mendakwa kematian Lee berpunca daripada hyponatraemia, lapor Dailymail.uk.
Hiponatremia adalah keadaan apabila tahap natrium (sodium) badan terlalu rendah.
“Dalam perkataan lain, kami mencadangkan kegagalan fungsi buah pinggang Lee disebabkan beliau minum air terlalu banyak,” tulis Clinical Kidney Journal.
Kajian itu juga mendakwa Lee berdepan pelbagai risiko hyponatraemia, termasuk beliau meminum terlalu banyak air, menggunakan kanabis ; yang meningkatkan tahap haus termasuk kesan lain seperti penggambilan dadah dan alkohol.
Terdahulu isteri mendiang, Linda, mendedahkan Lee menjalani diet ketat dengan hanya meminum jus lobak merah dan apple sehingga kematian menjemputnya. -- Gempak
Maliah Surip
Fri Nov 25 2022
Melalui kajian dan pelbagai bukti yang dinilai semula, mereka mendakwa kematian Lee berpunca daripada hyponatraemia.- Gempak
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Guna imej bapa dalam logo: Anak perempuan Bruce Lee saman rangkaian restoran
Bruce Lee Enterprises, yang kini diketuai Shannon Lee, memfailkan kes itu terhadap rangkaian restoran Real Kungfu di mahkamah di Shanghai.