awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunkface sekali lagi nyanyi lagu tema 'BoBoiBoy'

Gempak
Gempak
17/11/2016
06:59 MYT
Bunkface sekali lagi nyanyi lagu tema 'BoBoiBoy'
Animonsta berkata, Bunkface mempunyai tenaga tersendiri dalam menyampaikan sesebuah lagu dan dilihat sesuai dengan tema musim terkini animasi tersebut.
KUMPULAN Bunkface, sekali lagi dipilih untuk menyanyikan lagu tema animasi terbitan Animonsta Studios iaitu BoBoiBoy musim terbaharu.
Ketua pegawai eksekutif Animonsta, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata Bunkface mempunyai tenaga tersendiri dalam menyampaikan sesebuah lagu dan dilihat sesuai dengan tema musim terkini animasi tersebut.
"Pengalaman bekerjasama dengan Bunkface sebelum ini membuatkan kami rasa senang untuk berkolaborasi dengan mereka.
"Tambahan pula tempo lagu tema yang dicipta oleh mereka ini kami lihat amat bersesuaian dengan BoBoiBoy musim terbaharu ini.
"Ia bagai memberi semangat kepada kelangsungan siri ini. Jadi,memang tiada sebab untuk kita tidak bekerjasama dengan Bunkface kali ini," katanya dalam sidang media pelancaran siri animasi 'BoBoiBoy Galaxy' yang diadakan di GSC Pavilion, semalam.
Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk itu menampilkan single 'Dunia Baru' sebagai lagu tema terbaharu 'BoBoiBoy Galaxy'.
Terdahulu Bunkface menyanyikan dua lagu tema animasi tersebut yang berjudul 'Bermula' dengan 'Masih Di Sini'.
Sementara itu, Nizam berkata judul baharu 'BoBoiBoy Galaxy' kali ini digunakan adalah bagi penjenamaan semula siri berkenaan.
"Kita menjenamakan semula siri ini dengan menampilkan imej baru yang lebih besar dan menarik.
"Ia dilakukan selepas mendapat maklum balas sebelum ini daripada negara-negara luar yang menganggap imej tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dengan kanak-kanak berusia 10 tahun," katanya lagi
'BoBoiBoy Galaxy' bakal bersiaran setiap Jumaat bermula 25 Nov ini, pukul 5 petang di TV3.
Topic Berkaitan
#boboiboy galaxy
#Bunkface
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan