awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cakaplah apa pun, saya tak boleh halang - Fadzil Zahari

Gempak
Gempak
21/01/2018
21:16 MYT
Cakaplah apa pun, saya tak boleh halang - Fadzil Zahari
FADZIL: Keluarga memberi sokongan kepada Farid yang masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur. - Foto Instagram/fadzilzahari
Pelakon Fadzil Zahari akui tidak ambil peduli komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap abangnya, Datuk Farid Kamil.
Fadzil berkata, dia tidak boleh menghalang masyakat untuk terus bercakap mengenai isu penahanan Farid baru-baru ini.
“Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing.
“Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif,” ujarnya.
Tambah Fadzil, apa yang penting adalah sokongan daripada keluarga terhadap Farid yang masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun.
“Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar," katanya.
Menurut Fadzil lagi, isteri Farid, pelakon, Datin Diana Danielle ada bercakap mengenai isu melanda suaminya, namun tidak boleh berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi.
Terdahulu, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.
Menerusi kenyataan Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan.
Topic Berkaitan
#Diana Danielle
#Fadzil Zahari
#Farid Kamil
#pusat perubatan kuala lumpur
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan