Skip to main content

Hiburan

Cedera ketika jayakan babak Aksi Polis Evo 2, Zizan Razak mohon doa peminat

81511186402_zizanrazakpe2.jpg
PELAKON dan pengacara Zizan Razak cedera ketika sedang menjayakan sebuah babak aksi dalam filem terbaru lakonannya, Polis Evo 2.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 33, berkongsi berita tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @zizanrazak869.

"Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi-curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem.

"Hari ini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin," tulis Zizan.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #getwellsoon #zizanrazak #action #film #movie #love #live #polisevo2 #kitaok.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Zizan mendoakan agar artis kesayangan mereka lekas sembuh dari kecederaan.

Zizan kini sedang giat menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 disamping Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hairul Azreen dan ramai lagi.

 

Advertisement

Must Watch Video