KUALA LUMPUR: Tanpa sebarang pengumuman rasmi, jauh sekali mengundang media untuk mengadakan liputan, pasangan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila Mohd Noor mengakhiri tanda tanya hubungan mereka menerusi ikatan pernikahan.
Majlis ijab kabul pasangan berkenaan berlangsung di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sekitar pukul 10.02 pagi.
Noor Nabila, 36, merupakan kakak kepada usahawan dan selebriti tersohor, Neelofa memilih Engku Emran, 46, sebagai suaminya.
Dalam hantaran Insta Story Neelofa, jelitawan itu memuat naik sedutan video Engku Emran dinikahkah oleh adik mereka, Mohamed Aqief Mohd Noor dengan hanya sekali lafaz.
Engku Emran juga menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan tiada sebarang dulang hantaran diberi dan dibalas kedua-dua mereka.
Pengantin baharu juga tidak memaklumkan sebarang jumlah hantaran.
Sementara itu, portal Berita Harian yang memetik kenyataan Noor Nabila memaklumkan, majlis pernikahan itu berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini," kata Noor Nabila.
BACA: Noor Nabila bergelar isteri Engku Emran
Menurut Noor Nabila, dia hanya mengenali suaminya itu sekitar Ogos tahun lalu dan perkenalan bermula sebagai kawan biasa.
“Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan. Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal," kata Noor
Nabila yang turut menafikan dia dan Engku Emran pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini.
Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, hubungannya dengan Engku Emran terjalin tanpa diduga.
"Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
"Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain," ujar Noor Nabila seperti dilaporkan portal itu lagi.
Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun pernikahan mereka hanya bertahan seketika.
Hasil perkahwinan itu, Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Sementara Engku Emran pula pernah melalui dua perkahwinan sebelum ini.
Pernikahan pertamanya dengan pelakon dan penyanyi masyhur, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Sementara perkahwinan kedua dengan artis dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella bertahan selama dua tahun,
Astro Awani
Fri Mar 19 2021
Majlis ijab kabul antara Engku Emran dan Noor Nabila berlangsung di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sekitar pukul 10.02 pagi Jumaat. - Gambar Instagram NEELOFA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan
Nabila menjelaskan foto yang dimuat naik itu merupakan rakaman sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.
"Saya bukan nabi" - Perceraian kali ketiga uji kesabaran Engku Emran
Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.
Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila
Reda dengan takdir, Nabila hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan.
'Saya tak pernah beri komen begini' - Erra Fazira hormati privasi Engku Emran
Erra menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat
Sharnaaz nasihat netizen agar tidak mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.
Engku Emran, Noor Nabila sah cerai talak satu
Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Takdir pertemuan Engku Emran dengan tiga wanita hebat
Kehadiran Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila disifatkan Engku Emran membawa makna dan erti dalam kehidupannya.
'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.