awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan bertunang dengan Aliff merepek - Ruhainies

Faida Rahim
Faida Rahim
03/07/2024
03:40 MYT
Dakwaan bertunang dengan Aliff merepek - Ruhainies
Aliff dan Ruhainies ketika tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz sebagai tuduhan tidak berasas.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memberitahu dia tidak tahu daripada mana berita rancangan bertunang ini bermula.
“Itu dah merepek, sudah merepek sangat. Sampaikan Anis rasa agak melampau dakwaan itu kerana boleh menimbulkan fitnah.
“Anis tak tahu siapa yang buat benda itu, bila media tulis, Anis rasa sedih membaca berita-berita tidak sahih dikeluarkan,” katanya.
Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini untuk mendengar sebutan bersabit kes tangkapan khalwat mereka.
Pasangan itu tiba di mahkamah jam 9.05 pagi bersama peguam syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili mereka berdua.
Pasangan ini turut meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk kes mereka.
Terdahulu pada 20 Jun lalu, pasangan ini dilihat hadir di mahkamah sama dan berada di sana selama tiga jam. Mereka tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dan dilihat beredar jam 11.50 pagi.
Topic Berkaitan
#Ruhainies
#Aliff Aziz
#Bertunang
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan