ENTERTAINMENT
Dakwah Pencetus Ummah dekati masyarakat

Kelainan pendekatan dakwah menerusi program realiti -Pencetus Ummah- yang mendapat sambutan memberangsangkan kembali menemui penonton.
Kelainan pendekatan dakwah menerusi program realiti “Pencetus Ummah” yang mendapat sambutan memberangsangkan kembali menemui penonton.
Pencetus Ummah yang menjadi fenomena penyebaran dakwah dilihat mudah diterima oleh segenap golongan penonton serta mampu mendekati masyarakat dan mengubah persepsi terhadap program agama dan pendakwah.
Pencetus Ummah yang bersiaran di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD, dilihat mampu mengimbangi pelbagai unsur negatif yang kini semakin merebak dalam masyarakat.
Peserta Pencetus Ummah musim kedua, Mohd Nasri Abd Manap berkata ia merupakan satu cetusan program yang mampu menjadi medium untuk seruan berdakwah.
Pencetus Ummah bukan sahaja dapat mendekati masyarakat, tetapi juga kelompok remaja bermasalah yang memerlukan sokongan dan suntikan semangat.
Gejala seperti buli dan vandalisme ketika ini amat membimbangkan, namun dengan pendekatan dakwah yang lebih mesra mampu mengubah situasi sebegitu.
Bagi seorang lagi peserta Pencetus Ummah, Johani Ibrahim, pendekatan bersama dalam masyarakat adalah perlu untuk menarik minat ke arah dakwah.
"Pergi kepada orang itu, pujuk dia, kalau perlu sehingga menarik minat. Kalau tak sampai, tarik tangan sampai dia boleh masuk, dan bagi saya pendekatan bersama dengan masyarakat bagaimana untuk kita menunjukkan idea, identiti sebagai seorang pendakwah sememangnya perlu tengok apa yang masyarakat suka.“
Ketiga-tiga peserta musim kedua Pencetus Ummah sebelum itu menjadi tamu dalam program Analisis Awani pada Selasa.
Pencetus Ummah menggunakan elemen seni persembahan berdakwah dengan alatan muzik, penglibatan penyanyi, pencahayaan pentas, audio visual dan juga sesi soal jawab secara langsung akan bersiaran 13 November nanti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami