PENYANYI terkenal, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan Khai Bahar sebagai rakan duet untuk single terbaharunya, Cinta Syurga yang bakal dilancarkan Ramadan nanti.
Menurut Siti, pemilihan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Luluh itu adalah kerana jenis dan kualiti vokal yang dimiliki Khai, selain popularitinya sebagai penyanyi ketika ini.
"Saya pilih Khai kerana jenis dan kualiti vokalnya. Selain itu, kita turut menimbang faktor populariti dimiliki Khai selain kemampuannya mengalun zikir dengan baik," katanya kepada sebuah portal hiburan.
Mengulas lebih lanjut tentang single berkenaan, kata Siti, Cinta Syurga merupakan versi baharu single terdahulu, Comel Pipi Merah dan bentuk zikir.
Malah sepanjang rakaman single ini, Siti dan Khai turut dibantu anggota kumpulan nasyid Unic, Bazli yang menjaga vokal dan bertindak sebagai penyanyi latar untuk lagu ini.
"Kita ubah liriknya untuk disesuaikan mengikut konsep zikir. Single ini akan mula dipromosikan sempena Ramadan ini," kata Siti lagi.
Peminat boleh mendapatkan single terbarunya ini menerusi rangkaian platform digital selain muzik video liriknya yang akan dipromosikan tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Siti baru sahaja melancarkan butik kelapan Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall pada Ahad lalu.
Sinar Harian
Mon May 14 2018
Menurut Siti, pemilihan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Luluh itu adalah kerana jenis dan kualiti vokal yang dimiliki Khai, selain popularitinya sebagai penyanyi ketika ini. - Foto Sinar Harian
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Lepas setahun berehat, Siti ubati rindu peminat dengan 'Cinta Syurga'
Siti yang melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, kembali dengan dendangan lagu duet Cinta Syurga bersama penyanyi Khai Bahar.
Gandingan 'Cinta Syurga' CTDK dan Khai Bahar menjadi!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini kembali dengan lagu terbarunya, Cinta Syurga selepas selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Siti Afiah pada 19 Mac lalu.
Datuk Siti Nurhaliza pilih Khai Bahar
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan Khai Bahar sebagai rakan duet untuk single terbaharunya, Cinta Syurga yang bakal dilancarkan Ramadan nanti.