Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di sini hari Rabu akibat sakit tua.
Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Jamil atau Zedzaidi ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.45 petang.
"Malam ini jenazah akan dibawa untuk dimandi dan disemadikan di Teluk Intan, Perak," katanya.
Filem pertama lakonan Yahaya ialah Abu Nawas dan sehingga kini beliau telah berlakon dalam 24 buah filem.
Antara filem lakonannya dalam era 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.
Allahyarham juga popular dengan sitkom televisyen seperti Hang Setia bersama Allahyarham R.Jaafar, Param dan Hamid Gurkha serta siri Si Jantung Hati.
Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali.
Keluarga berkenaan menetap di Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini.
Astro Awani
Wed Feb 06 2013
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Datuk Yahya Sulong selamat dikebumikan
Jenazah pelawak terkenal Allahyarham Datuk Yahaya Sulong selamat dikebumikan di kampung isteri pertamanya di Teluk Intan petang Khamis.
Datuk Yahya Sulong meninggal dunia
Presiden Seniman, Zed Zaidi memaklumkan menerusi akaun Twitter miliknya, pelakon veteran, Dato' Yahya Sulong baru sahaja meninggal dunia.