awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengan sekali lafaz, Sweet Qismina kini milik Adam Lee!

Gempak
Gempak
24/10/2022
03:50 MYT
Dengan sekali lafaz, Sweet Qismina kini milik Adam Lee!
Majlis akad nikah yang dipenuhi bunga-bungaan itu hanya dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. - Foto Astro GEMPAK
DENGAN sekali lafaz pelakon Sweet Qismina selamat bergelar isteri kepada aktor Adam Lee di The Boathouse Tasik Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Pasangan ini dinikahkan oleh abang kepada Sweet iaitu Fahed Ashraf Supandi serta disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap imam Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak Gombak Selangor, Mohamad Khairi Hussein.
Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM2,410.97 iaitu simbolik sempena tarikh lahirnya.
Pelakon filem Pusaka itu turut menerima lima dulang hantaran serta membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak Adam, 28, yang turut sedondon berbusana putih bersih pada hari bahagia mereka.
Majlis akad nikah yang manis dipenuhi bunga bungaan itu hanya dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, Sweet dan Adam bertunang pada 24 Oktober, tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.
Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 selepas Sweet mempelawa Adam menemaninya ke sebuah anugerah berprestij.
Topic Berkaitan
#majlis akad nikah
#Sweet Qismina
#Adam Lee
#mas kahwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan