PELAKON popular Bollywood, Deepika Padukone dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini akibat daripada desakan dari keluarganya.

Menurut laporan Times of India, Deepika bersetuju untuk berkahwin dengan kekasihnya, Ranveer Singh selepas mendapat restu daripada keluarga masing-masing.

"Deepika mengambil keputusan berkahwin selepas ibu bapanya mendesak untuk mereka supaya mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

"Ini kerana Deepika dan Ranveer telah lama menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin pada hujung tahun ini dan mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

"Kedua-dua mereka sekarang sibuk melakukan persiapan dan akan melangsungkan perkahwinan mengikut adat masyarakat India," kata sumber.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Deepika dan Ranveer telah melangsungkan majlis itu secara tertutup di sebuah pulau di Sri Lanka.

Namun, perkara itu dinafikan oleh pihak pengurusan mereka. - Susunan Oleh: Rozaimi Zubaidi