awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di sebalik majlis Anugerah Bintang Popular

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2013
10:42 MYT
Di sebalik majlis Anugerah Bintang Popular
# Hujan lebat pada 8.18 malam menyebabkan acara karpet merah dibatalkan. Selebriti dan media bergegas lari menuju kawasan khemah dan dewan berdekatan bagi mengelakkan dari basah.
# Masalah skrin pada acara pembukaan menjejaskan persembahan lagu "Apo Kono Eh Jang" serta masalah pembesar suara yang tidak seimbang memburukkan lagi keadaan.
# Satu perkara yang wajar diberikan pujian adalah rekaan pentas majlis anugerah tersebut yang dilihat menampilkan tema ledakan geometri. Satu rekaan yang menarik pada pandangan kami.
# 10 ribu penonton membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu.
# Penonton riuh melihat busana Yana Samsudin yang mengheret cebisan kertas putih sewaktu menuju ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Kertas itu merupakan penanda nama yang dilekatkan di kerusi.
# Peminat fanatik Ziana Zain bergaun biru muncul di aras tiga tempat duduk penonton turut sama beraksi ketika penyanyi itu membuat persembahan di pentas.
# Sesi berkaraoke beramai-ramai bagi lagu hits 90-an tidak menjadi. Semuanya gara-gara paparan lirik tidak dikawal dengan baik. Namun disebabkan kesemuanya lagu-lagu yang dipilih malar segar, penonton tetap semangat menyanyi bersama.
# Ruang post-party yang sempit menyukarkan pergerakan hadirin untuk beramah-mesra dengan lebih selesa. Keadaan ruang yang sempit itu juga menyebabkan muzik didendangkan menjadi bingit.
# Pasangan hangat bercinta Zain Saidin dan Rozita Che Wan kelihatan berpimpin tangan ketika meninggalkan majlis menerusi pintu karpet merah.
# Ramai yang meluahkan perasaan menerusi laman sosial, ada yang suka-tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas. Tetapi yang paling menarik perhatian ialah tweet oleh penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza, apabila beliau menulis " Elok2 opening, jadi Oh!pening!".
Topic Berkaitan
#ABPBH
#Anugerah Bintang Popular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan