Berikut, senarai 10 kata carian 'terhangat' di Google Malaysia sepanjang bulan Mei 2016


1) Dia Semanis Honey

Siri drama baru 16 episod dibintangi Siti Nordiana dan Alif Satar di saluran Astro Ria, mula menemui peminat sejak 2 Mei.




2) Happy Mothers Day

Disambut pada 8 Mei.




3) Piala Thomas 2016

Denmark menjadi negara Eropah pertama memenangi Piala Thomas pada 22 Mei selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir.




4) Ucapan Hari Guru

Malaysia menyambut Hari Guru pada 16 Mei.

MESTI BACA: Penghargaan warga kerja Astro AWANI sempena Hari Guru





5) Egyptair

Nahas Egyptair MS804 pada 19 Mei.

MESTI BACA: Lapor Langsung Nahas EgyptAir MS804




6) X-Men Apocalypse/X-Men

Filem X-Men terbaru menemui peminat di Malaysia pada 19 Mei.


7) Antonov 225

Penghantaran kapal terbang terbesar di dunia dari Prague ke Perth, menarik perhatian orang ramai di Malaysia ketika singgah di KLIA.




8) Nisfu Syaaban

Carian untuk tarikh untuk hari ke-15 bulan Sya’ban.


9) Friday the 13th

Carian untuk mengetahui sejarah di sebalik kepercayaan bahawa hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan, membawa malang.


10) Semakan UPU

Pelajar lepasan sekolah menengah menyemak status permohonan ke universiti-universiti tempatan.