ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengakui menerima ujian yang dihadapi dalam rumah tangganya dengan terbuka selepas didakwa telah diceraikan pada Rabu lalu.
Bagaimanapun Shuhada berkata kepada Astro Gempak dia bakal membuat kenyataan rasmi bagi mengelak fitnah selepas mahkamah mengesahkan perceraian mereka pada 1 Mac ini.
“Saya tak bersedih sebab ini semua Allah dah tulis dan ia ujian untuk saya dan anak-anak. Jadi saya mahu lalui ujian yang diberikan oleh Allah ini dengan bersabar dan reda.
“Moga bila saya lulus ujian yang diberikan ini insya-Allah 'Dia' berikan nikmat yang lain. Saya minta agar semua mendoakan saya dan anak-anak reda dengan dugaan ini.
“Maaf saya tak boleh hendak mengulas lanjut mengenai perceraian ini kerana ia belum lagi rasmi. Saya dan Hafiz pasti akan membuat kenyataan rasmi demi untuk mengelak fitnah,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.
Semalam, adik kepada Shuhada yang dienali sebagai Sofia mengesahkan kakaknya sudah pun diceraikan menerusi panggilan telefon pada Rabu.
Shu bagaimana pun tidak tahu apa hikmah yang mahu diberikan Tuhan apabila mahkamah menetapkan 1 Mac sebagai temu janji pertama untuk menyelesaikan urusan perceraian mereka.
“Saya dan anak-anak sekarang berada di Perlis selesaikan segala urusan di kampung ibu bapa saya. Saya pun tak boleh selesai di luar kawasan ini.
“Sebenarnya 1 Mac itu kebetulan hari jadi saya. Saya tak tahu lah ‘hadiah’ apa yang Allah mahu kirimkan kepada saya nanti. Saya hanya mampu bersangka baik. Mungkin 'Dia' hendak beri sesuatu yang kita tidak sangka,” ujarnya.
BACA: Adik ipar sah Hafidz Roshdi lafaz cerai talak satu melalui panggilan telefon
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. -- Gempak
Gempak
Fri Feb 24 2023
Sebelum ini adik Nurul Shuhada, yang dikenali sebagai Sofia, dilapor memaklumkan Hafidz melafazkan cerai itu menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya. - Gempak
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.
'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.
Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.
Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.
Hafidz Roshdi nafi kahwini Athira Yuhada, baru fasa berkawan
Pelakon Hafidz Roshdi menafikan sudah berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum bercerai, Athira Yuhada.
Hafidz Roshdi sah cerai isteri talak satu
Pelakon, Hafidz Rosdi disahkan bercerai dengan isterinya, Shuhada talak satu pada Februari lalu, oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis.
Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.
"Itu gambar anak-anak tiga minggu lalu" - Shuhada tak tahu apa niat Hafidz Roshdi
Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri terkejut apabila dimaklumkan mengenai video dan gambar anak-anaknya yang dimuat naik secara pukal di akaun Instagram milik pelakon itu.
"Saya nak anak-anak..." - Shuhada mahu hak penjagaan, Hafiz Roshdi enggan komen
Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengharapkan mendapat hak penjagaan anak-anak mereka.
Selepas tiga bulan Hafidz Roshdi akhirnya berjumpa anak
Pelakon Hafidz Roshdi berkongsi keceriaan bertemu dengan anak-anaknya.