awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital

Gempak
Gempak
29/03/2017
10:11 MYT
Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital
Menurut pengurus kumpulan XPDC, Yazid berkata, penyanyi tersebut kini sedang berada di wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
VOKALIS kumpulan XPDC, Mael telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.
Menurut pengurus kumpulan XPDC, Yazid berkata, penyanyi tersebut kini sedang berada di wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor .
"Semasa kejadian dia sedang berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.
"Mael masih tidak sedarkan diri dan kini berada di wad kecemasan sementara menunggu rawatan selanjutnya.
"Dia masih menerima rawatan daripada doktor untuk dimasukkan air kerana keadaan badannya yang agak lemah lagi sekarang ini.
"Dia mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan susulan jika keadaannya menjadi semakin teruk," katanya.
Tambah Yazid, Mael telah mengalami penyakit itu sejak setahun lalu dan sering berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat. - Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Hospital Pakar Sultanah Fatimah
#Mael XPDC
#tidak sedarkan diri
#Wad Kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan