DiverseCity atau Kuala Lumpur International Arts Festival kini masuk siri keduanya pada tahun ini.
Menjadi platform pementasan seni dan visual komuniti Asia Tenggara, festival ini akan berlangsung selama lima minggu, bermula esok sehingga 2 Oktober depan.
Menurut pengarah festival tersebut, Datin Sunita Rajakumar , pelbagai acara akan dilakukan termasuk bacaan puisi dan syair, pameran fotografi dan persembahan alat genderang di sekitar Lembah Klang.
"DiverseCity 2016 akan menjadi platform untuk menyinari bakat-bakat yang kita ada dalam negara ini.
"Bukan sahaja bagi mereka yang melakukan persembahan di pentas namun mereka yang terlibat di belakang tabir seperti komposer atau pereka set, yang memainkan peranan bagi mewujudkan dan menjayakan satu ekosistem dunia seni," tambahnya ketika kepada Astro AWANI.
Majlis perasmian DiverseCity 2016 akan diadakan pada Hari Kebangsaan esok di Berjaya Times Square.
Bagi menjadikan majlis tersebut lebih interaktif, pengunjung yang hadir akan diberi peluang untuk menyertai persembahan orkestra telefon pintar bersama ahli muzik, Ng Chor Guan.
"Pengunjung akan diminta untuk memuat turun sebuah audio dan konduktor muzik kemudiannya memberi arahan untuk memainkan audio berkenaan. Jadi secara tidak langsung telefon pintar anda akan menjadi sebuah alat muzik," kata Sunita.
Festival kali ini turut menampilkan Ahli Muzik Gingger Shankar, satu-satunya wanita yang mempunyai kepakaran dalam memainkan instrumen ten-string double violin.
Mariah Ahmad
Tue Aug 30 2016
Festival kali ini turut menampilkan Ahli Muzik Gingger Shankar, satu-satunya wanita yang mempunyai kepakaran dalam memainkan instrumen "ten-string double violin".
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DiverseCity 2016 angkat martabat seni Asia Tenggara
Menjadi platform pementasan seni dan visual komuniti Asia Tenggara, festival ini akan berlangsung selama lima minggu, bermula esok sehingga 2 Oktober depan.