awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doa di Arafah dimakbulkan! Nelydia Senrose menangis ibu dapat tunai haji

Gempak
Gempak
28/06/2023
16:36 MYT
Doa di Arafah dimakbulkan! Nelydia Senrose menangis ibu dapat tunai haji
Nelydia menerusi laman Instastory miliknya memberitahu dia telah berdoa ketika di Arafah tahun lalu untuk ibunya menjadi tetamu di Tanah Suci. - Gambar Gempak
Pelakon Nelydia Senrose melahirkan rasa syukur apabila impian dan doa dia bersama adik-beradik agar ibu mereka dapat menunaikan ibadah haji akhirnya tercapai.
Nelydia menerusi laman Instastory miliknya memberitahu dia telah berdoa ketika di Arafah tahun lalu untuk ibunya menjadi tetamu di Tanah Suci.
“Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impian ku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu kami menjadi tetamu-Mu pula bagi menunaikan haji.
“Syukur segala doa dan usaha kami Kau izinkan Ya Allah. Setelah Kau berikan kami jalan Ya Allah, terimalah haji ibu ku dan kurniakan dia haji yang mabrur,” kongsi Nelydia.
Nelydia turut berkongsi video memperlihatkan dia sekeluarga menghantar ibu mereka di lapangan terbang untuk menunaikan haji pada Selasa.
Menerusi perkongsian itu, Nelydia kelihatan tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika berpelukan dengan ibunya sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Untuk info, ramai selebriti tempatan untuk mengambil peluang untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 1444H/2023M antaranya Datuk Aaron Aziz, Zul Ariffin, Alif Satar, Faizal Tahir, Datuk Aliff Syukri dan Lisdawati. - Gempak
Topic Berkaitan
#menahan sebak
#mengalirkan air mata
#lapangan terbang
#menunaikan haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan