awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumentari 'M for Malaysia' bakal ke Busan International Film Festival!

Gempak
Gempak
05/09/2019
04:53 MYT
Dokumentari 'M for Malaysia' bakal ke Busan International Film Festival!
'M for Malaysia' mengisahkan mengenai perjuangan Tun M dalam misi untuk menewaskan kerajaan yang memerintah Malaysia semenjak kemerdekaan selama 61 tahun.
DOKUMENTARI 'M for Malaysia' bakal ditayangkan di Busan International Film Festival (BIFF) yang berlangsung pada Oktober ini.
'M for Malaysia' bakal menyertai filem-filem lain dari 85 negara yang bakal ditayangkan di BIFF.
BIFF merupakan salah sebuah festival filem yang paling dikenali di rantau Asia dan di persada dunia.
Sebelum ini, 'M for Malaysia' pernah ditayangkan di CAAM Festival 2019 di San Francisco dan DocEdge Film Festival 2019 di New Zealand.
View this post on Instagram
It is with great pleasure that we announce our film "M for Malaysia" has been selected for the 24th Busan International Film Festival @busanfilmfest in South Korea. It is one of the most recognized film festival in Asia and we're looking forward to sharing this film in October. #biff2019 #mformalaysia #ableandwilling #iniceritakita #bermulakita
A post shared by M for Malaysia (@mformalaysia) on
Sep 4, 2019 at 2:45am PDT
BACA: 'M Untuk Malaysia', dokumentari istimewa buat rakyat Malaysia
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, 'M for Malaysia' akan ditayangkan secara eksklusif bermula 12 sehingga 15 September di pawagam terpilih seluruh Malaysia.
'M for Malaysia' merupakan sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai titik tolak yang mengubah negara kita dan ia menampilkan dokumentasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun.
Pastinya ramai yang tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku menerusi sudut pandang Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad (Tun M) sepanjang kempen PRU 14.
Karya ini memberikan sesuatu yang berbeza dan belum pernah diketahui mengenai perjuangan Tun M dengan Pakatan Harapan.
Diarahkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille, dokumentari yang menampilkan Datin Paduka Marina Mahathir sebagai Penerbit Eksekutif dan pemenang Oscar, Ruby Yang selaku Penerbit Kreatif ini mengisahkan mengenai perjuangan Tun M dalam misi untuk menewaskan kerajaan yang memerintah Malaysia semenjak kemerdekaan selama 61 tahun.
Jangan lupa untuk saksikan dokumentari 'M for Malaysia' yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 12 sehingga 15 September di pawagam terpilih seluruh Malaysia.
Klik di SINI untuk menyemak senarai pawagam.
Untuk lebih informasi, layari laman web rasmi 'M for Malaysia' di https://www.mformalaysia.com/.
Topic Berkaitan
#Dian Lee
#Ineza Roussille
#Instagram
#M for Malaysia
#M Untuk Malaysia
#Mahathir Mohamad
#Marina Mahathir
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#Ruby Yang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan