HIBURAN
Dua Lipa terima kewarganegaraan Kosovo

Vjosa Osmani (kanan) berkata pengiktirafan diberikan atas usaha Dua Lipa mempromosikan budaya Kosovo melalui muzik, festival Sunny Hill, dan pengaruh globalnya. -X@VjosaOsmaniPRKS
PRISTINA: Penyanyi pop terkenal kelahiran Britain, Dua Lipa, dianugerahkan kewarganegaraan Kosovo dalam satu majlis rasmi yang berlangsung pada Khamis.
Ringkasan AI
- Dua Lipa dianugerahkan kewarganegaraan Kosovo sebagai penghargaan atas sumbangannya mempromosikan budaya negara itu di peringkat antarabangsa.
- Beliau kini memegang tiga kewarganegaraan United Kingdom, Albania, dan Kosovo dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai melengkapkan identitinya.
- Lipa berada di Kosovo untuk mengetuai Festival Sunny Hill, acara muzik yang diasaskannya bagi mengubah persepsi dunia terhadap Kosovo.
“Dari pentas terbesar dunia hingga ke hati jutaan orang, beliau telah membawa kisah Kosovo dengan kekuatan, kebanggaan dan keanggunan,” kata Osmani di akaun media sosial rasminya.
Lipa, yang kini berusia 29 tahun, dilahirkan di London kepada ibu bapa berketurunan Albania-Kosovo dan pernah menetap di Pristina ketika berusia 11 hingga 15 tahun.
Beliau kini memegang tiga kewarganegaraan — United Kingdom, Albania (dianugerahkan pada 2022), dan Kosovo.
“Saya rasa seperti dua sisi dalam diri saya kini bersatu. Ini melengkapkan identiti saya dan sangat bermakna buat saya dan keluarga,” kata Lipa dalam kenyataan selepas menerima dokumen rasmi kewarganegaraan.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan koir kanak-kanak yang menyanyikan lagu popular Lipa, "Levitating", sebagai penghormatan kepada artis tersebut.
Turut hadir ialah Duta Besar United Kingdom ke Kosovo, Jonathan Hargreaves, yang menyifatkan Lipa sebagai “kebanggaan bersama UK dan Kosovo”.
Lipa kini berada di Kosovo untuk mengetuai Festival Sunny Hill selama tiga hari, sebuah acara muzik yang diasaskannya bersama bapanya pada 2018 bagi mengubah persepsi dunia terhadap Kosovo sebagai negara pasca-konflik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami