ENTERTAINMENT
'Dulu bertanding kepala luka sana sini tak dapat duit, sekarang gaji cecah enam angka' - Jojo Ghazali

Jojo berkata pernah menerima bayaran RM50 ketika menyertai pertandingan Muay Thai sulungnya dan tidak mendapat bayaran dalam banyak penyertaan awalnya. -Gempak
JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Jojo, mendedahkan dia pernah menerima bayaran sebanyak RM50 ketika menyertai pertandingan sulungnya.
Ringkasan AI
- Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, atau Jojo, pernah menerima bayaran RM50 ketika menyertai pertandingan Muay Thai sulungnya dan tidak mendapat bayaran dalam banyak penyertaan awalnya.
- Kini, pendapatan Jojo hasil daripada karier seni mempertahankan diri telah mencapai enam angka, hasil usaha keras dan ketekunan.
- Jojo menandatangani kontrak bernilai AS$100,000 dengan ONE Championship pada Oktober 2023 dan memperoleh AS$50,000 selepas menewaskan atlet Mexico, Josue Cruz, pada September 2024.
"Dulu orang kata Muay Thai tak bawa hasil… sekarang semua dah diam,” katanya menerusi satu sesi soal jawab bersama pengikut di Instagram.
Kini, Jojo memaklumkan pendapatannya hasil daripada karier seni mempertahankan diri telah mencapai enam angka, hasil usaha keras dan ketekunan yang berpanjangan.
“Alhamdulillah sekarang gaji dah cecah ratusan ribu. Semua ini dengan izin Allah dan pengorbanan besar yang saya lakukan,” tambahnya.
Cucu kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, itu turut memberi nasihat kepada atlet-atlet baharu agar tidak terlalu fokus kepada imbuhan pada awal karier.
“Saya sendiri pernah bayar untuk masuk bertarung. Tapi dari pertarungan itu datangnya pengalaman. Lagi banyak pengalaman, lagi hebat seseorang fighter itu. Semua pelaburan yang saya buat, akhirnya berbaloi," ujarnya.
Pada Oktober 2023, ketika usianya baru mencecah 17 tahun, Jojo menandatangani kontrak bernilai AS$100,000 (RM473,507) bersama ONE Championship. Setahun kemudian, pada September 2024, Jojo memperoleh AS$50,000 (RM216,500) selepas menewaskan atlet Mexico, Josue Cruz, dalam aksi di ONE 168: Denver. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami