PELAKON terkenal Hollywood Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
Menurut laporan media, bintang WWE itu juga telah memperoleh pemilikan penuh nama 'The Rock'.
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Dwayne dan mengalu-alukan bakat besarnya ke Lembaga Pengarah TKO.
"Dwayne membawa rekod prestasi yang luar biasa dalam mencipta kandungan dan membina jenama pengguna yang diiktiraf di peringkat global, dan dia akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita-cita kami untuk TKO,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TKO (dan Endeavour), Ariel Emanuel.
"Sangat sedikit orang di planet ini memahami penumpuan sukan, hiburan, media, dan perniagaan seperti The Rock," kata pengerusi eksekutif TKO Vince McMahon.
Sementara itu, Johnson dalam reaksinya berkata beliau sangat berbesar hati untuk dipilih menyertai Lembaga Pengarah TKO Group.
“Datuk saya, Peter Maivia, dan ayah saya, Rocky 'Soulman' Johnson, tidak pernah menyangka hari ini akan tiba.
"Itulah sebabnya saya sangat berbesar hati untuk mendapat tempat di meja yang mempunyai sejarah yang berdekad dan warisan keluarga untuk saya. Meja yang keluarga saya bantu bina.
"Menjadi ahli Lembaga Pengarah TKO, dan mendapat pemilikan penuh nama saya, ‘The Rock’, bukan sahaja belum pernah berlaku sebelum ini, tetapi sangat memberi inspirasi kepada saya," katanya.
Untuk rekod, mama 'The Rock' berasal daripada mendiang bapanya, Rocky Johnson, yang merupakan seorang bekas penggusti dan 'Hall of Famer' di WWE.
Karier Johnson bermula di WWE (dahulunya dikenali sebagai WWF) pada tahun 1996, dengan menggunakan nama Rocky Maivia.
Namanya kemudian ditukar kepada 'The Rock' dan dari situ, kerjayanya terus berkembang dan menjadi salah seorang penggusti paling berjaya dalam sejarah WWF.
Pada 2001, Johnson mencuba pula bidang baharu apabila ditawarkan berlakon dalam filem The Mummy Returns dan kemudian tahun berikutnya, menjadi pelakon utama dalam The Scorpion King (2002).
Daripada filem pertama, dia terus mengorak langkah dalam dunia perfileman dan kini boleh dianggap sebagai antara pelakon paling berjaya di Hollywood.
Agensi
Tue Jan 23 2024
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC. - Foto REUTERS
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
Kes Baldwin: Dwayne Johnson bertegas tidak mahu senjata api sebenar di set penggambaran
Johnson berkata syarikat produksinya, Seven Bucks Productions, tidak lagi akan menggunakan senjata api sebenar.
The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.
The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.
The Rock, keluarga pulih daripada COVID-19
"Ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang harus kami harungi sebagai sebuah keluarga." - The Rock
Rocky Johnson, ayah 'The Rock' meninggal dunia
Ayah kepada bintang filem Dwayne -The Rock- Johnson itu menghembuskan nafas terakhirnya awal hari ini pada usia 75 tahun.
Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...
Sebelum ini The Rock turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia pada 2011 dan 2014.
UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!
Pelakon dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.
Fast & Furious kembali dengan filem baharu
Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious: Hobbs & Shaw.