Rancangan hiburan berasaskan pendidikan, "Oh My English!" bakal menampilkan komposer dan penyanyi antarabangsa terkenal Ed Sheeran sebagai penampilan khas dalam salah satu episod siri itu.
Selain itu, turut ditampilkan adalah pengacara program "Gadget Nation" terbitan Astro AWANI yang juga penyampai radio Hitz Fm, Adam Carruthers.
Oh My English! yang kini sudah memasuki musim keempat akan mula menemui penonton bermula 7 Jun dengan 20 episod.
'Oh My English! Class of 2015' bakal membawa kisah pelajar Kelas 4 Merah yang akan menjejakkan kaki ke tahun senior.
Musim terbaru ini turut menonjolkan beberapa kejutan, antaranya perubahan fizikal watak Henry Middleton yang dibawakan Zain Saidin.
Penolong Naib Presiden Astro Tutor Television PT-3 dan SPM, Sharifah Noraidah Syed Ismail berkata siri "Oh My English!" masih bermatlamat menjadi pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Antara pelakon yang turut dikekalkan di dalam "Oh My English! Class of 2015" termasuk Tiz Zaqyah, Carmen Soo dan Ogy Ahmad Daud.
Beberapa watak baru turut diperkenalkan antaranya Cikgu Ariff yang dilakonkan oleh Nazrief Nazri, Bella lakonan Chacha Maembong, Sayur lakonan Azzam Sham, Zeeq lakonan Afeeq Emir dan Qila lakonan Syamiem Elnisa.
"Oh My English! Class of 2015" akan bersiaran bermula 7 Jun di Astro TVIQ saluran 610 dan Astro Maya HD saluran 135.
"Oh My English!" merupakan siri rancangan hiburan berasaskan pendidikan paling berjaya di Malaysia dengan jumlah tontonan 7.9 juta.
Ia juga merekodkan jumlah tontonan 16 juta di YouTube.
Astro Awani
Thu May 21 2015

Oh My English! yang kini sudah memasuki musim keempat akan mula menemui penonton bermula 7 Jun dengan 20 episod.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Program vaksinasi COVID-19 dijangka selesai akhir tahun ini - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

KKM jangka kes harian COVID-19 kembali kepada dua angka Mei ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket pelaburan tidak wujud sasar mangsa di China
Sindiket yang menyasarkan pelabur dari China itu dikesan mula menjalankan aktiviti haram tersebut sejak dua bulan lalu di dua rumah mewah di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

AWANI Ringkas: Jangan spekulasi isu kebakaran bilik polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: AFC batal beberapa kejohanan
Antara pertandingan tersebut adalah Kejohanan AFC Bawah-19 Tahun (B-19) yang dijadual di Uzbekistan dan B-16 di Bahrain.

Kebakaran bilik BSJN IPD Timur Laut tidak jejas siasatan, perbicaraan kes - OCPD
Polis Pulau Pinang menegaskan kebakaran bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hari ini tidak menjejaskan sebarang siasatan kes.
![[TERKINI] Davos 2021 | Analisis ucapan Presiden China [TERKINI] Davos 2021 | Analisis ucapan Presiden China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/22726141551611585225544/1887173_31570730741611585438308_640x360.jpg)
[TERKINI] Davos 2021 | Analisis ucapan Presiden China

Angkara Macau Scam, simpanan, wang pusaka lebih RM2 juta lesap
Mangsa terpedaya menyerahkan butiran akaun apabila suspek mengarahkannya berbuat demikian kononnya untuk tujuan siasatan.

Ed Sheeran buat kameo dalam Oh My English! musim baru
Oh My English! bakal menampilkan penyanyi antarabangsa terkenal Ed Sheeran sebagai penampilan khas dalam salah satu episod siri itu.