awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eda Ezrin makin cantik, sihat dan tidak lagi murung

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2025
03:30 MYT
Eda Ezrin makin cantik, sihat dan tidak lagi murung
Eda Ezrin yang sedang menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat, dilaporkan semakin cantik dan sihat. - Foto Sinar Harian
NARATHIWAT: Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, yang sedang menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat, dilaporkan semakin cantik dan sihat.
Memetik laporan portal berita apakhabartv.com, perkara tersebut disahkan oleh Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep.
Surin berkata, penyanyi itu berada dalam keadaan sihat dan tidak lagi mengalami kemurungan seperti ketika awal dimasukkan ke penjara berkenaan.
"Eda Ezrin dan rakan-rakannya yang ditempatkan di Zon 8, iaitu blok penjara wanita, mengikuti aktiviti harian seperti biasa.
“Dia (Eda Ezrin) sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan,” katanya.
Sementara itu, seorang pegawai yang menjaga banduan wanita di penjara itu turut memaklumkan bahawa Eda Ezrin semakin cantik dan berisi.
“Eda Ezrin tidak mengalami apa-apa masalah, malah dia kelihatan semakin berisi dan cantik... mungkin hatinya senang,” katanya yang enggan dikenali.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa nasib Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan masih belum menemui titik noktah apabila penahanan mereka di Thailand boleh disambung tanpa had masa, meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.
Memetik laporan apakhabartv.com, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh berkata, proses lanjutan penahanan tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Eda Ezrin
#Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail
#Penjara Pusat Narathiwat
#cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan