awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ahli BTS tamat khidmat ketenteraan wajib minggu depan

Bernama
Bernama
07/06/2025
08:30 MYT
Empat ahli BTS tamat khidmat ketenteraan wajib minggu depan
BigHit Music memaklumkan tiada acara umum akan diadakan demi keselamatan, dan menasihati peminat agar tidak mengunjungi lokasi ketenteraan. - Gambar fail/ Reuters
SEOUL: Empat ahli kumpulan K-pop popular BTS -- RM, V, Jimin dan Jungkook -- akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka minggu depan, menurut agensi BigHit Music pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Empat ahli BTS RM, V, Jimin dan Jungkook akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan mereka minggu depan, dengan RM dan V pada hari Selasa, manakala Jimin dan Jungkook pada hari Rabu.
  • BigHit Music memaklumkan tiada acara umum akan diadakan demi keselamatan, dan menasihati peminat agar tidak mengunjungi lokasi ketenteraan.
  • Jin dan J-Hope telah pun menamatkan khidmat mereka, manakala Suga dijangka tamat perkhidmatan sosial pada 21 Jun ini, melengkapkan tempoh wajib yang diwajibkan kepada semua lelaki Korea Selatan.

RM dan V dijadualkan menamatkan perkhidmatan pada Selasa, manakala Jimin dan Jungkook pada Rabu, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan BigHit Music.
Bagi menjaga keselamatan, tiada acara umum akan diadakan untuk menyambut kepulangan mereka.
Agensi itu turut menasihati para peminat supaya tidak mengunjungi lokasi ketenteraan tempat ahli-ahli BTS akan dilepaskan.
"Kami memohon agar para peminat menyampaikan ucapan selamat kembali dan sokongan mereka kepada RM, Jimin, V dan Jungkook," kata BigHit Music.
Dalam kumpulan itu, Jin dan J-Hope telah pun menamatkan khidmat ketenteraan masing-masing.
Suga, yang berkhidmat di bawah program perkhidmatan sosial Korea Selatan, dijangka tamat pada 21 Jun ini.
Di bawah undang-undang Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan menjalani khidmat ketenteraan selama 18 hingga 21 bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BTS
#latihan ketenteraan
#tamat latihan
#khidmat negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami