awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam majalah terbitan Astro kini dalam talian

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/01/2014
08:41 MYT
Enam majalah terbitan Astro kini dalam talian
Enam majalah terbitan Astro kini dalam talian sempena pelancaran Astro Digital Publications.
Enam majalah berkenaan ialah Men's Uno, Car, In Trend, ifeel, FHM dan Style yang memaparkan isu fesyen, automotif dan gaya hidup.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan akan memberi ucapan aluan pada majlis yang akan berlangsung pada petang Selasa.
Pelancaran itu dilihat salah satu cara terbaik peminat majalah dalam talian bersantai serta mendapat maklumat pada waktu yang sibuk.
Ia dibawa dalam bentuk yang mudah diakses dari peranti mudah alih sekali gus membawa pembaca ke dimensi baru yang lebih interaktif dalam pembacaan majalah.
Men's Uno merupakan majalah berbahasa Cina nombor satu di rantau ini untuk golongan lelaki dan yang membawa fesyen kepada gaya hidup dan laporan fesyen terkini di seluruh dunia.
Ia turut memaparkan panduan terbaik serta gaya terkini dan trend kepada golongan berkenaan.
Dalam pada itu, majalah Car memaparkan gaya hidup automotif premium dan memberi pilihan kepada pencinta kereta dengan gaya pemanduan dan aksesori terkini.
Majalah ini turut menyajikan kisah-kisah kecemerlangan pemandu di mana pencinta kereta boleh meningkatkan pengetahuan dan merasai dunia peminat kereta dengan kelab-kelab terbesar di dunia.
In Trend pula merupakan penerbitan yang memaparkan kehidupan seharian ikon di mana penerbitan bahasa Melayu ini menampilkan tips seharian yang diamal selebriti, gaya kesihatan, stail hidup dan hiburan.
Ifeel merupakan penerbitan yang popular kepada pembaca muda Cina yang menunjukkan minat wanita dengan tajuk yang merangkumi selebriti, muzik ,filem, tips kecantikan, fesyen, kesihatan dan perhubungan.
Sementara FHM menjadi majalah gaya hidup lelaki antarabangsa terkenal yang padat artikel mengenai fesyen selain pendedahan kepada acara muzik kontemporari. Ia menjadi salah satu pilihan majalah lelaki paling di peringkat global.
Sementara Style merupakan majalah yang menekankan fesyen serta kecantikan wanita yang mewakili tajuk wanita Bahasa Inggeris Astro Digital Publications Sdn Bhd. Ia dipersembahkan dalam bentuk canggih yang merangkumi trend wanita negara selain infomasi pilihan Gaya yang menyediakan artikel terkemuka mengenai fesyen dan kecantikan.
Topic Berkaitan
#Astro Digital Publications
#car
#FHM
#henry tan
#ifeel
#In Trend
#Men's Uno
#style
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan