Filem terbitan Disney dan Marvel, Eternals mencatatkan sedikit penurunan bagi kutipan domestik di Amerika Syarikat bagi minggu kedua.

Namun, filem tersebut terus mengungguli carta tempatan dengan tambahan kutipan AS$27.5 juta hujung minggu lalu menjadikan jumlah kutipan kepada AS$118.8 juta.

Catatan itu menjadikan filem yang diarahkan Chloe Zhao dan dibintangi pelakon popular seperti Angelina Jolie, Gemma Chan dan Salma Hayek mencatatkan penurunan 61 peratus berbanding kutipan debut.

Namun, di peringkat global, Eternals berjaya meraih AS$281.4 juta.

Difahamkan, satu lagi filem terbitan Disney dan Marvel, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings mencatatkan prestasi yang lebih baik.

Hanya 52 peratus penurunan kutipan domestik dicatatkan berbanding Eternals.

Ini kerana berdasarkan laporan hiburan, Shang-Chi mencatatkan rating dan kritik yang lebih memuaskan.