ENTERTAINMENT
Eyka Farhana, Akhyar Rashid kini sah suami isteri

Eyka Farhana (kanan) dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah tertutup. -Gempak
PELAKON popular Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup hari ini.
Ringkasan AI
- Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah tertutup.
- Eyka dan Akhyar telah bercinta hampir lima tahun dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
- Majlis resepsi akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi tarikh dan lokasi belum didedahkan.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial, Eyka dilihat tampil anggun mengenakan busana pengantin serba putih, manakala Akhyar segak berbaju Melayu sedondon.
Difahamkan Eyka dan Akhyar sudah menjalin hubungan cinta sejak hampir lima tahun lepas dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
Difahamkan, majlis resepsi bakal diadakan dalam masa terdekat namun tarikh dan lokasi masih belum didedahkan kepada umum.
Tahniah diucapkan kepada Eyka dan Akhyar atas pernikahan mereka! -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami