awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fazura menafikan adanya pertemuan untuk selesai isu #KimK

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2015
14:07 MYT
Fazura menafikan adanya pertemuan untuk selesai isu #KimK
Pelakon Nur Fazura Sharifuddin menafikan akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat.
Pelakon Nur Fazura Sharifuddin menafikan akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat.
Fazura yang berada di Singapura memberitahu Astro AWANI dalam satu pesanan ringkas menerusi WhatsApp.
Terdahalu, Astro AWANI melaporkan sumber terdekat dengan pelakon popular itu melaporkan, pertemuan itu diadakan adalah untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu.
Sejak semalam, ruang maya media sosial menjadi hangat apabila pelakon filem Gol & Gincu itu telah mengkritik secara terbuka komen @vii.narza hanya kerana tersalah sangka dengan maksud yang ingin disampaikan.
Tindakan itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter hingga ke hari ini.
Akibat salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.
Kontroversi tersebut turut menarik perhatian budayawan Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang menyifatkan isu seperti ini akan menjadi besar jika ada kekeliruan akibat salah tafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif terutamanya di media sosial.
"Penggunaan medium media sosial dalam menegur atau memuji boleh menjadi salah faham jika ia tidak dilakukan dengan penuh kesopanan.
"Jangan perli dengan kasar, kita jangan mengusik orang dengan tulisan yang boleh menjadikan salah faham. Paling mudah jika ada pujian atau teguran, sampaikan mesej itu secara peribadi sahaja," katanya ketika dihubungi di sini awal hari ini.
Topic Berkaitan
#Fazura
#Instagram
#KimK
#kontroversi
#media sosial
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan