HIBURAN
Filem 'Abah Saya, Uncle Mike' papar erti kasih sayang rentas bangsa

Tayangan Gala Abah Saya Uncle Mike di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee
KUALA LUMPUR: Abah Saya, Uncle Mike, sebuah karya sinematik sarat emosi, membawa penonton menyelami makna kasih sayang keluarga yang melangkaui batas bangsa, agama dan budaya, bakal menjengah pawagam 28 Ogos ini.
Ringkasan AI
- Filem Abah Saya, Uncle Mike bakal ditayangkan 28 Ogos, diinspirasikan kisah benar lelaki Cina membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu.
- Kisah menekankan semangat kekeluargaan dan perpaduan melangkaui bangsa dan agama.
- Diarahkan Ezrie Gazali, dibintangi Andy Teh, Idan Aedan, Nadiya Nisaa dan lain-lain.
Rafei berusaha menyatukan kembali adik-beradiknya, ketika itu dia bertemu dengan Uncle Mike yang seterusnya mengubah perjalanan hidup mereka.
Mereka bersama-sama mendapati semangat kekeluargaan bukan sekadar ikatan darah, tetapi berasaskan kasih sayang dan penerimaan tanpa syarat.
Menurut Penerbit Eksekutif dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kisah Uncle Mike mencerminkan nilai sebenar masyarakat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian.
"Kisah murni ini harus dipersembahkan kerana ia mampu memberi inspirasi untuk memperkukuhkan perpaduan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya ketika sidang media di sini, pada Selasa.
Sementara itu, pengarah Abah Saya, Uncle Mike, Ezrie Gazali tampil sebagai pengarah filem cereka buat kali pertama selepas menimba pengalaman luas dalam program realiti, iklan komersial dan drama bersiri.
Barisan pelakon yang membawakan watak penuh jiwa termasuklah Andy Teh, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, Pauline Tan, Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan, Han Zalini, Nadiya Nisaa, Sobri Anuar, Songbill, Taqim Zaki, Shahkimin, Chris MJ, dan Bidin Al Zaifa.
Kali ini, Andy Teh yang sinonim dengan watak aksi, menampilkan sisi berbeza melalui lakonan penuh drama dan emosi, gandingan bersama pelakon muda memberi kekuatan besar kepada penceritaan, sekali gus menghidupkan nilai sentimental filem Abah Saya, Uncle Mike.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami