awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan FTA EU-Malaysia mampu jadi pengubah keadaan hubungan dua hala - Duta Finland
UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan
Thailand uji sistem amaran kecemasan bergerak seluruh negara tingkat respons bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Ahmad Idham boleh ditonton serentak di Singapura menerusi StarHub TV

Bernama
Bernama
07/11/2014
02:23 MYT
Filem Ahmad Idham boleh ditonton serentak di Singapura menerusi StarHub TV
Filem komedi romantik Misi Tawan Baby arahan Ahmad Idham (gambar) boleh ditonton di Blockbuster Hangat pada 13 Nov ini. -Gambar fail
Penonton di Singapura boleh menonton filem arahan Ahmad Idham di StarHub TV pada masa dan hari yang sama filemnya ditayangkan di pawagam di Malaysia.
Perjanjian antara kedua-dua pihak itu membolehkan filem Ahmad Idham ditonton di On Demand Channel, Blockbuster Hangat (StarHub TV Channel 117) dan StarHub TV Anywhere.
Filem komedi romantik Misi Tawan Baby arahan beliau yang dibintangi Kamal Adli dan Erin Malek boleh ditonton di Blockbuster Hangat pada 13 Nov ini.
Turut membintanginya pelakon popular Singapura Fido Ahdross bersama Cat Farish, Raja Ema dan Zulin Aziz.
Selain filem Misi Tawan Baby, penonton StarHub boleh turut menonton filem Ahmad Idham, Ophilia dan Harmonika di Blockbuster Hangat masing-masing pada Disember ini dan tahun depan.
Ketua Unit Perniagaan Media StarHub, Lee Soo Hui berkata Blockbuster Hangat diperkenalkan tahun lalu untuk menawarkan filem Melayu kepada penonton Singapura selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam di Malaysia.
Para pelakon Misi Tawan Baby hari ini bertemu pihak media dan peminat di Singapura.
Tayangan perdana Misi Tawan Baby boleh ditonton di Blockbuster Hangat (StarHub TV Channel 117) dan StarHub TV Anywhere menerusi www.starhubtvanywhere.com pada 13 Nov pada harga langganan $10.70 (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan).
Topic Berkaitan
#Ahmad Idham
#Blockbuster Hangat
#Misi Tawan Baby
#StarHub TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan