Dua filem yang diilhamkan tentang kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sedang berusaha mendapatkan pembeli di Festival Filem Cannes, dua bulan selepas penerbangan itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Bakal pembeli mendapat peluang untuk menonton “A Dark Reflection” oleh Fact Not Fiction Films pada satu “tayangan” pada hari Isnin, menurut iklan satu muka surat yang diterbitkan di dalam jurnal hiburan The Hollywood Reporter.

“Apa yang berlaku pada penerbangan 313,” tulis satu iklan yang disiarkan pada hari Ahad dan menunjukkan seorang wanita di akhir landasan guna teknik 'silhouette'.

Lampu landasan bersinar di belakangnya manakala sebuah pesawat penumpang dalam kegelapan diterangi oleh dua lampu putih.

Penerbangan Malaysia MH370 hilang sejak 8 Mac.

Misi pencarian udara dan laut yang dilakukan di Lautan Hindi tidak berjaya menemui sebarang petanda dimanakah pesawat berkenaan.

Sementara itu, satu lagi iklan di majalah berkenaan pada hari Khamis turut mempromosikan filem yang serupa.

Iklan untuk “The Vanishing Act” menampilkan sebuah kapal terbang di awan biru dengan ayat “Kisah yang tidak didedahkan tentang penerbangan Malaysia.”

Petikan filem 90 saat itu menampilkan penumpang dalam keadaan ketakutan dan satu tembakan pistol telah diterbitkan di Bombay dalam tempoh enam hari, menurut laporan majalah Variety.

Ia dipromosikan oleh pengarah filem India Rupesh Paul yang mempersembahkan filem berkenaan pada hari Sabtu.

Paul menafikan filem itu tidak sensitif kerana tempoh kehilangan pesawat MH370 masih baru, dan berkata beliau sudah mula bekerja dalam projek itu selepas dihubungi oleh seorang wartawan Malaysia yang berkata beliau mempunyai teori tentang apa yang berlaku.

Beliau mengambil masa 20 hari untuk menghasilkan skrip berdasarkan maklumat yang diberi oleh wartawan berkenaan.

Beliau yakin filem berkenaan masih boleh dihasilkan sekiranya bangkai pesawat ditemui.

Tambah beliau, ada yang berkata pelaburannya akan menjadi sia-sia jika pesawat berkenaan ditemui dan penjelasan beliau tentang kejadian di dalam filem itu menjadi tidak benar.

“Itu adalah cabaran yang saya hadapi. Semua orang di dalam dunia ingin tahu apa yang berlaku,” kata Paul.

Selain menjadi festival filem terbesar di dunia, Cannes juga merupakan pusat memasarkan filem yang besar dan setiap tahun menarik lebih 10,000 pembeli dan penjual dari seluruh dunia.

Bagaimanapun masih tidak diketahui sama ada tayangan "A Dark Reflection" akan menjadi filem penuh atau separuh siap, atau sekadar petikan filem sahaja.