awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Mat Kilau ke Indonesia selepas kutip hampir RM100 juta

Fareez Azman
Fareez Azman
11/08/2022
04:04 MYT
Filem Mat Kilau ke Indonesia selepas kutip hampir RM100 juta
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof akan mula ditayangkan di Indonesia pada 31 Ogos ini.
KUALA LUMPUR: Filem Melayu yang mencetus fenomena di dalam negara baru-baru ini, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini.
Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, dia dan syarikat penerbitan filem berkenaan telah menerima pelawaan daripada pawagam di negara jiran itu untuk menayangkan Mat Kilau.
"Saya pun ada pengikut dari filem-filem saya sebelum ini di Indonesia. Munafik 2 terutamanya kerana filem Munafik 2 adalah filem Melayu yang paling tinggi kutipannya di Indonesia.
"Syukur, saya ada sokongan yang kuat dengan pawagam dan penonton di sana," katanya memetik laporan portal Malaysia Now.
Tambah Syamsul, dengan adanya pelakon aksi dari Indonesia, Yayan Ruhian dalam filem tersebut secara langsung menyumbang kepada permintaan tayangan di negara jiran itu.
Sebelum ditayangkan kepada umum bermula 30 Ogose, filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlwan' juga akan ditayangakn secara perdana empat hari sebelum tarikh berkenaan.
Bagaimanapun ujar Syamsul, ketika ini pihaknya masih menjalankan perbincangan bersama industri pawagan di negara terbabit.
Mat Kilau mencipta rekod baharu dalam industri perfileman tanah air apabila merekodkan kutipan tiket berjumlah RM96 juta dalam tempoh 40 hari tayangan bermula 23 Jun lalu.
Ketika ini filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari dan Datuk Jalaluddin Hassan itu masih ditayangkan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#filem Mat Kilau
#Mat Kilau ke Indonesia
#Syamsul Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan