KUALA LUMPUR:Filem pendek dari Malaysia, Kaki Bangku mengungguli pertandingan filem pendek Tamil antarabangsa Zee REEL anjuran stesen penyiaran global, ZEE Tamil Asia Pasifik apabila terpilih menduduki tempat pertama.
Selain Kaki Bangku arahan Nanthakumaran Rajavijayan, empat lagi filem yang menduduki lapan tempat teratas adalah Paasam (arahan Vengatesh Ramachandran), Trending Pistha (Lavinia Ann), Cubic Room (Kumaaran Vijayan Wizzy) dan Deepawali Aaron (Nagaiah dan Dinakaran Chandrasegaran).
Dengan kemenangan tiga tempat teratas, Nanthakumaran bakal menjalani latihan amali dengan pengarah-pengarah terkenal.
Sementara kesemua lima pendek Tamil dari Malaysia itu akan disiarkan di semua saluran ZEE Tamil APAC di dunia bermula Februari ini.
Selain pengarah filem dari Malaysia, Dr Vimala Perumal, beberapa pengarah terkenal di India seperti AL Vijay, pengarah, penulis skrip dari Singapura K. Rajagopal dan Yahssir M, serta Ketua Progam Zee Tamil, Tamil Dasan turut menjadi juri antarabangsa bagi pertandingan yang bermula 28 Oktober lalu.
Vimala sebelum ini memberitahu, antara lain, pembuat filem pendek tempatan itu perlu mengetengahkan kisah dan kelebihan Malaysia yang belum pernah diceritakan sebelum ini.
Filem yang dihasilkan itu juga tidak boleh melebihi 10 minit dengan 90 peratus daripada kandungannya perlu menggunakan bahasa Tamil.
Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi kenyataan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada lima peserta itu.
Sebagai salah satu strategi memperkasakan pembangunan kandungan bahasa Tamil dan bakat penggiat industri, Finas melalui Jawatankuasa Bahasa Tamil dan pasaran India telah meneroka kerjasama strategik bersama badan penyiar antarabangsa seperti ZEE Tamil Asia Pasifik.
"Kerjasama ini memberi peluang bagi pengedaran dan pemameran produk Tamil tempatan serta penggiat industri di peringkat global di mana lima filem pendek dari Malaysia ini akan ditayangkan di saluran Zee Tamil Asia Pasifik (Malaysia dan Singapura) serta seluruh dunia di saluran Zee Thirai," kata Finas lagi.
Pertandingan yang diadakan secara percuma itu berakhir pada 20 Disember lalu.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 27 2021
Dr Vimala Perumal (kanan) memberitahu, pembuat filem pendek tempatan itu perlu mengetengahkan kisah dan kelebihan Malaysia yang belum pernah diceritakan sebelum ini. - Gambar Finas
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Filem pendek Malaysia ungguli pertandingan antarabangsa Zee REEL
Filem pendek dari Malaysia, Kaki Bangku mengungguli pertandingan filem pendek Tamil antarabangsa Zee REEL anjuran stesen penyiaran global, ZEE Tamil Asia Pasifik.