KUALA LUMPUR:Pihak Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas telah memilih karya filem berjudul Roh untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-93 bagi kategori Filem Antarabangsa.
Menurut satu kenyataan rasmi daripada pihak Finas, pemilhan filem Roh itu dibuat oleh jawatankuassa berkenaan yang terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan yang profesional dan berpengalaman.
“Pemilihan tersebut telah melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur,” ujar Finas dalam kenyataan itu.
Sejak tahun 2004, Finas telah mencalonkan satu karya filem tempatan untuk bertanding di anugerah berprestij tersebut.
“Finas sentiasa komited dalam menyokong segala usaha ke arah memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat antarabangsa,” tambah kenyataan itu lagi.
Roh yang merupakan filem seram indie terbitan syarikat produksi Kuman Pictures Sdn Bhd berkisar dalam tema mitos dan kepercayaan masyarakat.
Ia mengisahkan tentang kehadiran seorang kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.
Selain penerbit eksekutif Amir Muhammad dan Emir Ezwan bertindak selaku pengarah, naskhah tersebut turut dijayakan oleh barisan pelakon berpengalaman seperti Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Junainah M Lojong dan Putri Qaseh.
Hanya dengan bajet serendah RM360,000, filem itu menjalani penggambaran dalam tempoh 15 hari, di sebuah lokasi rimba di Dengkil, Selangor.
Astro Awani
Wed Nov 04 2020
'Roh' mengisahkan tentang kehadiran seorang kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu. - YouTube / Kuman Pictures
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Filem 'Roh' terpilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscar
Sejak tahun 2004, Finas telah mencalonkan satu karya filem tempatan untuk bertanding di anugerah berprestij tersebut.