awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem 'Worth The Wait' angkat imej Malaysia, lokasi KL masuk layar perak Hollywood

Asyraf Malik
Asyraf Malik
04/07/2025
12:23 MYT
Filem 'Worth The Wait' angkat imej Malaysia, lokasi KL masuk layar perak Hollywood
Datuk Manoharan Periasamy ditemui pemberita ketika menghadiri tayangan perdana filem Worth The Wait di Pavilion Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Filem Worth the Wait, sebuah karya Hollywood genre komedi romantik dengan sebahagian besar penggambaran dilakukan di Malaysia, menjadi strategi pemasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata filem Worth The Wait memaparkan beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur dalam babak mencuit hati serta penuh emosi, antaranya di Bangunan Sultan Abdul Samad dan Petaling Street.
“Ini peluang keemasan mempromosikan budaya dan keindahan alam di Malaysia sebagai destinasi pelancongan, selain lokasi perfileman berkelas dunia.
“Masih banyak lokasi berpotensi yang boleh diteroka untuk penggambaran, termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Misalnya Malaysia ada gua berusia lebih dua juta tahun, lokasi menyelam eksklusif dan pelbagai aset pelancongan semula jadi,” ujar Manoharan ketika ditemui pemberita dalam tayangan perdana filem Worth The Wait, di sini pada Jumaat.
Menerusi penglibatan projek ini, MOTAC berharap untuk memanfaatkan pengaruh para pelakon serta kru filem Worth The Wait bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui media sosial.
“Pelakon dan tenaga kerja dalam filem ini memiliki jutaan pengikut di pelbagai platform digital, selain kebanyakan berasal dari Malaysia dan rantau ASEAN, antaranya penerbit iaitu Rachel Tan yang merupakan anak jati Seremban, Negeri Sembilan.
“Ini membolehkan promosi pelancongan Malaysia sampai kepada khalayak antarabangsa dengan lebih cepat dan efektif.
“Setakat ini di Amerika Syarikat sahaja, dianggarkan lebih 1.7 penonton sudah melihat filem Worth The Wait, sungguh ramai kini mengenali Malaysia,” ujar Manoharan yang turut menghargai peranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Filem Worth The Wait menonjolkan empat pasangan Asia-Amerika yang hidup mereka saling berkait secara tidak disangka, kisah ini menggabungkan elemen percintaan, kehilangan dan penyatuan semula.
Antara pelakon utama filem itu ialah Ross Butler yang sebelum ini membintangi siri televisyen, 13 Reasons Why dan Sung Kang yang dikenali dalam francais aksi, Fast & Furious.
Topic Berkaitan
#MOTAC
#FINAS
#Worth The Wait
#filem Hollywood
#Tahun Melawat Malaysia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan