awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Ahli politik Jerman gesa tentera AS keluar susulan kenyataan Trump mengenai tarif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finas ambil serius dakwaan penggiat seni, tidak kompromi mana-mana pihak

Gempak
Gempak
04/06/2018
23:06 MYT
Finas ambil serius dakwaan penggiat seni, tidak kompromi mana-mana pihak
FINAS memohon kerjasama dari semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat dan juga asas bukti yang kukuh untuk tampil ke hadapan bagi memudahkan tindakan selanjutnya diambil. - Gambar fail
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) menyatakan pihaknya memandang serius terhadap dakwaan isu dana kerajaan yang tidak diberikan secara telus kepada penggiat seni.
Ketua Pengarahnya, Datuk Fauzi Ayob menyatakan Finas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam melindungi isu ketirisan pengurusan dana yang disalurkan kepada penggiat seni tempatan.
"Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan organisasi akan diambil tindakan tegas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas lanjut laporan eksklusif Astro Gempak berjudul [Eksklusif]: Dana Finas Tidak Diberikan Secara Telus Pada Penggiat Seni, Produser Jumpa Pegawai Atasan Kerajaan Di Hotel yang disiarkan pada 1 Jun lalu.
Ujarnya, beliau memandang serius terhadap perkara dan dakwaan yang dikemukakan dalam artikel tersebut.
"FINAS ingin memohon kerjasama dari semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat dan juga asas bukti yang kukuh untuk tampil ke hadapan bagi memudahkan FINAS mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Astro Gempak
#dana
#Fauzi Ayob
#filem
#FINAS
#kompromi
#laporan
#maklumat
#penggiat seni
#pengurusan dana
#salah guna kuasa
#tindakan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan