KUALA LUMPUR: Penamatan perkhidmatan Prof Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa hari ini merupakan keputusan Lembaga Pengarah Finas.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah penstrukturan semula beberapa dasar dan rombakan penyelarasan bagi hala tuju masa depan Finas.
"Mereka (Finas) dah memaklumkan kepada saya ia (keputusan) berdasarkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan termasuk satu rombakan penyelarasan, penjajaran semula (recalibration) tentang beberapa dasar dan dapatan yang kami terima.
"Ia juga pandangan daripada pihak Lembaga Pengarah tentang hala tuju masa depan Finas,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ZTE Malaysia Corporation Sdn Bhd dalam pelbagai inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah program perkongsian strategik.
Finas dalam kenyataan hari ini merakamkan penghargaan kepada Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan bermula 1 Nov 2021 sehingga 31 Mei dan memutuskan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas Rozita Waty Ridzuan menanggung kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa hari ini sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Sementara itu mengenai pelaksanaan rangkaian 5G, Fahmi berkata pasukan petugas 5G yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Mohamad Fauzi Md Isa akan terus berbincang dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengenai ekuiti.
"Mereka bermesyuarat secara tetap termasuk hari ini untuk berbincang dengan MNO, pertama mengenai pelancaran 5G dan kedua adalah mengenai persoalan ekuiti...pada masa itu, MNO akan dapat mengakses dan mereka merujuk kepada kerajaan mengenai kedudukan dalam entiti.
"Kami serah kepada industri untuk membuat keputusan sesama mereka tetapi kerajaan akhirnya menerusi Kabinet akan memutuskan mengenai proses yang bukan sahaja akan dipandu malah tertakluk kepada kelulusan kerajaan.... bila tiba masanya, kita akan membuat pengumuman mengenai kedudukan MNO dalam entiti," katanya.
Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan rangkaian dwi 5G sebaik pelancaran di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
Menurut beliau peralihan kepada model rangkaian dwi akan dilaksanakan berdasarkan terma yang konsisten dengan amalan global untuk menawarkan pelbagai rangkaian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Fahmi berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah penstrukturan semula beberapa dasar dan rombakan penyelarasan bagi hala tuju masa depan Finas. - Fail/Bernama
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Finas: Penamatan khidmat Md Nasir keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi
Penamatan perkhidmatan Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa hari ini merupakan keputusan Lembaga Pengarah Finas.