awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Foto disembah pekerja, Syahrini terima kecaman hebat

Gempak
Gempak
04/12/2014
12:59 MYT
Foto disembah pekerja, Syahrini terima kecaman hebat
Foto ini mendapat kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan dan salah disisih agama Islam. - Astro Gempak
Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini dikecam hebat baru-baru ini selepas sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya menunjukkan lima orang bekerja di Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembah Syahrini sebagai tanda hormat.
Tindakan memuat naik foto tersebut di laman Instagramnya menimbulkan pelbagai kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan dan salah disisih agama Islam. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini tidak habis-habis cuba mencari publisiti murahan.
Namun menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.
"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.
"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’," jelas Syahrini kepada pihak media.
Minggu lalu Syahrini terus kekal mempertahankan gelaran ‘Penyanyi Paling Popular’ lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014.
Sebelum ini, Syahrini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan Malaysia dua tahun lalu namun putus ditengah jalan akibat masalah persefahaman.
Topic Berkaitan
#gurauan
#Indonesia
#Instagram
#nabi
#sembah
#Syahrini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan