awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Ketegasan Mourinho buat Ronaldo menangis
Muhyiddin tegas kekalkan perpaduan, kekuatan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Fox King' terpilih ke Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-50

Bernama
Bernama
12/08/2025
21:30 MYT
'The Fox King' terpilih ke Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-50
Filem arahan Woo Ming Jin dan dibintangi aktres Dian Sastrowardoyo itu turut menerima sokongan FINAS melalui Dana Filem Cereka 2023. - Instagram @kawankawanmedia
KUALA LUMPUR: Filem kolaborasi Indonesia-Malaysia, The Fox King, terpilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) ke-50.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menerusi hantaran Facebook pada Selasa berkata, pemilihan filem itu ke satu daripada festival filem terbesar dunia itu membuktikan potensi karya kolaborasi serantau untuk menembusi pasaran antarabangsa.
"Saya berasa amat bangga dengan pencapaian filem ini yang berjaya menembusi satu daripada festival filem terbesar di dunia TIFF ke-50, yang pastinya dapat membantu menaikkan mutu serta nilai filem kolaborasi dua negara berjiran ini di pentas dunia.
"Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai penerbit, pengarah dan produksi-produksi filem tempatan untuk menghasilkan karya-karya kolaborasi yang bermutu seperti filem The Fox King ini," katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada kepada seluruh tenaga produksi filem kolobrasi itu.
Teo berkata filem arahan sutradara Malaysia, Woo Ming Jin dan dibintangi aktres terkemuka Indonesia, Dian Sastrowardoyo itu turut menerima sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Dana Filem Cereka 2023 bernilai RM1 juta serta Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa 2025 berjumlah RM50,000.
The Fox King mengisahkan tentang persaudaraan, kehilangan dan pencarian kasih sayang, dengan sentuhan sinematik Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#the fox king
#filem kolaborasi
#Malaysia-Indonesia
#Dian Sastrowardoyo
#woo ming jin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan