Filem susulan G.I. Joe: Retaliation mendahului kutipan box office di Amerika Utara pada hujung minggu pertama tayangannya dengan memperoleh $41.2 juta semalam.

Filem aksi mengenai unit tentera elit fantasi yang dibintangi oleh Dwayne "The Rock" Johnson, Channing Tatum dan Bruce Willis adalah berdasarkan karakter permainan aksi yang diperkenalkan pada tahun 1960 yang kemudiannya dijadikan siri animasi TV pada 1980-an.

Paramount telah menunda sequel G.I Joe: The Rise of Cobra pada tahun 2009 dari tarikh awalnya pada bulan Jun tahun yang sama bagi menambah kesan grafik 3D.

Filem animasi zaman batu 'The Croods' terbitan DreamWorks yang sesuai menjadi tontonan keluarga menduduki tangga kedua apabila suara filem tersebut diadaptasi oleh Nicolas Cage dan Emma Stone.

Filem menghiburkan itu memaparkan kisah sebuah keluarga pra-sejarah yang bergelut dengan api dan pencerobohan lain memperoleh $26.5 juta pada minggu kedua tayangannya menurut pegawai pemantau filem box office.

Filem baru 'Tyler Perry's Temptation' yang dibintangi Jurnee Smollet-Bell, Lance Gross dan Kim Kardashian menduduki tempat ketiga dengan pungutan $22.3 juta.

Dengan kutipan $14 juta, tempat keempat merupakan sebuah filem aksi 'Olympus Has Fallen' mengisahkan keganasan di ibu kota Amerika Syarikat (AS) dan penculikan presiden yang dilakonkan oleh Gerard Butler dan Morgan Freeman.

Manakala tempat kelima sebuah filem pengembaraan 3D terbitan Walt Disney 'Oz the Great and Powerful' mencecah kutipan $11.6 juta pada minggu keempat tayangannya.

'The Host' filem pengembaraan aksi baru yang diadaptasi dari sebuah novel 'Twilight' ditulis oleh Stephanie Meyer menduduki tangga keenam dengan kutipan $11 juta.

Tempat ketujuh diberikan kepada 'The Call' sebuah filem seram yang dibintangi Halle Berry memegang watak operator 911 yang cuba menyelamatkan seorang budak perempuan yang didera. Filem tersebut mendapat kutipan $4.8 juta pada minggu kedua tayangannya.

Tina Fey yang membintangi 'Admission' filem komedi romantik jatuh dari tempat kelima ke tangga kelapan dengan kutipan $3.3 juta diikuti filem percutian dari AS 'Spring Breakers dengan kutipan $2.8 juta.

Mengakhiri carta pada tangga kesepuluh ialah 'The Incredible Burt Wonderstone' mengisahkan mengenai persaingan diantara ahli silap mata dibintangi Steve Carell, Steve Buscemi dan Jim Carrey dengan kutipan $1.3 juta pada minggu ketiga tayangannya.