awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal hadir ke mahkamah, Farid Kamil dikenakan waran tangkap

Gempak
Gempak
11/01/2019
10:00 MYT
Gagal hadir ke mahkamah, Farid Kamil dikenakan waran tangkap
Farid dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
PELAKON Datuk Farid Kamil Zahari dikenakan waran tangkap apabila gagal hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari keempat perbicaraan kes urin yang dihadapinya hari ini.
Mahkamah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap kepada Farid Kamil, lapor portal mStar hari ini.
Waran itu dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran membuat permohonan tersebut susulan kegagalan Farid dan penjaminnya hadir selain tiada sebarang laporan atau sijil cuti sakit dikemukakan kepada mahkamah.
Menurut Nor Ariffin, waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebaran alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh.
Peguam yang mewakili Farid, Megat Syazlee Mokhtarom memohon untuk membatalkan pengeluaran waran itu sehingga tarikh perbicaraan seterusnya pada Isnin depan.
Mahkamah bagaimana pun tetap mengeluarkan perintah waran tangkap itu.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Megat Syazlee memaklumkan anak guamnya itu kini berada di Johor.
“Saya sudah maklumkan kepada Farid malam semalam namun dia beritahu tidak sempat datang kerana sedang menjalani penggambaran.
“Dalam prosiding tadi juga saya sudah menjelaskan kepada mahkamah bahawa ketidakhadirannya adalah bukannya sesuatu yang disengajakan, sebaliknya dia keliru kerana banyak tarikh ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, pada 25 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistreet di sini kerana menggunakan dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4:30 petang, 11 Januari tahun lalu.
Farid dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Mahkamah Majistret
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan