awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar intim bersama Nedim, Nora Danish tolak dakwaan sudah berkahwin

Gempak
Gempak
21/07/2016
10:44 MYT
Gambar intim bersama Nedim, Nora Danish tolak dakwaan sudah berkahwin
Dakwaan tersebut timbul selepas Nedim memuat naik sekeping foto mesranya bersama Nora di akaun Instagram (IG) @boss_ned pada 8 Julai lalu.
PELAKON Nora Danish menolak dakwaan sudah berkahwin secara rahsia bersama kekasihnya Nedim Nazri seperti yang diperkatakan pelayar laman sosial. Dakwaan tersebut timbul selepas Nedim memuat naik sekeping foto mesranya bersama Nora di akaun Instagram (IG) @boss_ned pada 8 Julai lalu. Nora ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata, dakwaan sudah bernikah secara rahsia adalah tidak benar sama sekali. “Saya dan Nedim masih belum berkahwin. Saya akan beritahu kepada semua jika sudah bergelar isteri kepada Nedim. “Bagaimanapun, saya tidak nafikan kami sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri hubungan kami di jinjang pelamin pada tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak. Tambahnya lagi, dia dan Nedim turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Bali, Indonesia. “Perkahwinan pantai itu memang idaman saya. Kami akan mengadakan resepsi di Bali tetapi majlis di Kuala Lumpur juga akan diadakan, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Raniaku di e@curve, Mutiara Damansara. Mengulas mengenai kontraknya bersama Safi Rania Gold, Nora memberitahu tahun ini merupakan tahun keduanya sebagai duta produk penjagaan wajah tersebut. “Kontrak di antara saya dan Safi Rania Gold ialah selama dua tahun, tetapi setakat ini saya belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung kontrak sebagai duta. “Bagaimanapun, saya berpuas hati dapat menjayakan muzik video pertama Safi Rania Gold berjudul ‘Raniaku’ kerana dapat bekerja dengan ‘team’ yang bagus. “Pertama kali saya dengar lagu ‘Raniaku’ ciptaan Aizat Amdan, saya terus jatuh cinta dan tiada masalah sepanjang penggambaran berlangsung,” katanya yang bergandingan dengan aktor Remy Ishak menerusi muzik video tersebut. Dalam pada itu Nora turut berkongsi rasa gementarnya bergandingan dengan Remy Ishak. “Kali terakhir saya berlakon disamping Remy ialah 5 tahun lalu. Pada mulanya saya cuak kerana orang cakap Remy ada ‘angin’ dia. “Tapi bila jumpa, dia sangat mudah beri kerjasama dan kelakar orangnya,” katanya ketawa. Muzik video Raniaku menjalani penggambaran selama enam hari di bawah arahan Nan Salleh dan telah dilancarkan di laman Youtube bermula petang semalam.
Topic Berkaitan
#@boss_ned
#berkahwin secara rahsia
#Nedim Nazri
#Nora Danish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan