awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gegar Vaganza 2: Memori berkasih Siti Nordiana dan Razlan Kristal jadi viral

Gempak
Gempak
09/11/2015
23:45 MYT
Gegar Vaganza 2: Memori berkasih Siti Nordiana dan Razlan Kristal jadi viral
Kemunculan Nana bersama Razlan di konsert minggu keempat bertemakan Berdua Lebih Baik itu menjadikan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) riuh buat seketika. - Foto Astro Gempak
PERSEMBAHAN Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu Memori Berkasih di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) menjadi viral dan sebutan netizen di laman sosial. Persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu sememangnya dinantikan oleh para peminatnya sejak konsert ketiga program GV2 lagi. Kemunculan Nana bersama Razlan di konsert minggu keempat bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ itu menjadikan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) riuh buat seketika. Selain menyanyi bersama, ada di antara penonton mengalirkan air mata mungkin kerana terimbau kembali nostalgia ketika Nana menyanyikan lagu Memori Berkasih bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau Achik. BACA: Persembahan Nana buat ramai rindu Achik Gandingan Nana dan Razlan pada malam Ahad lepas turut mendapat perhatian netizen dan ramai juga yang menonton persembahan mereka berulang kali. Lebih menyentuh perasaan apabila ada di antara peminat berkongsi gambar kenang-kenangan mereka bersama Nana dan Allahyarham Achik di laman sosial.

Sementara itu di Instagram Nana, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan memuji kehebatan persembahannya bersama Lan yang menggamit memori itu. Siti Nordiana ketika ditemui Astro Gempak memberitahu, dia menahan rasa sebak sepanjang menyanyikan lagu tersebut bersama Razlan di pentas GV2. “Memang tak sama ‘feel’ menyanyi dengan Razlan dan arwah...Tapi perasaan sedih tu tiba-tiba datang di atas pentas tadi. “Mujur saya dapat mengawal emosi dengan baik, kalau tidak pasti saya akan rosakkan persembahan hari ini,” katanya. Achik meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada April 2010. Selain Memori berkasih, Nana dan Achik juga popular menerusi lagu Gurauan Berkasih dan Paling Comel. Untuk anda semua, Astro Gempak kongsikan video persembahan Memori Berkasih yang telah disampaikan dengan cukup baik sekali oleh Nana dan Lan pada Ahad lepas:
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
#Astro Prima
#Astro Ria
#Gegar Vaganza
#GV2
#kristal
#Nana
#Razlan
#Sinar FM
#Siti Noordiana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan