awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya

Reuters
Reuters
29/07/2017
12:26 MYT
George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya
Clooney dan isterinya, Amal, mengumumkan kelahiran bayi kembar mereka yang dinamakan Alexander dan Ella, pada Jun, tetapi tidak mengedarkan gambar mereka untuk tatapan umum. - Reuters
Pelakon antarabangsa, George Clooney berikrar akan melakukan apa sahaja demi mengheret sebuah penerbitan Perancis ke muka pengadilan.
Ia berikutan tindakan majalah bernama Voici itu menyiarkan beberapa keping foto anak kembarnya tanpa izin.
Menurut bintang Ocean's Eleven itu, jurugambar dari majalah berkenaan 'memanjat pagar dan pokok dan mengambil gambar bayi-bayi kami di dalam rumah'.
Dalam satu kenyataan, Clooney berkata, jurugambar dan sidang pengarang majalah itu akan didakwa tanpa belas kasihan demi keselamatan anak-anaknya.
Clooney dan isterinya, Amal, mengumumkan kelahiran bayi kembar mereka yang dinamakan Alexander dan Ella, pada Jun, tetapi tidak mengedarkan gambar mereka untuk tatapan umum.
Voici pada Jumaat menerbitkan gambar Amal dan Clooney, berpakaian renang, sambil mendukung bayi-bayi mereka. Gambar itu dikatakan diambil di vila mereka di Lake Como, Itali.
Majalah berkenaan belum memberi sebarang respons tentang kenyataan Clooney itu.
Topic Berkaitan
#Amal Clooney
#anak kembar
#george clooney
#keselamatan
#Voici
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan